Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Dengan penuh ta'zim, bagi pihak Yang Dipertua (YDP) dan Ahli Jawatankuasa Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Negeri Selangor (PPPPPMCNS), merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Presiden, YBhg. Datuk Jemale bin Paiman dan Timbalan Presiden, YBhg. Dato' Mohd Sabri bin Arshad atas kesudian hadir secara kebetulan ke Mesyuarat AJK PPPPPMCNS Bil. 2/2024-26 yang telah berlangsung dengan jayanya pada 21 Januari 2025 di Pejabat Pesara 5PM, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.
Kehadiran YBhg. Datuk dan Dato’ amatlah kami hargai, lebih-lebih lagi dengan amanat penuh bermakna serta kata-kata semangat yang telah disampaikan. Sokongan dan inspirasi yang diberikan oleh Presiden dan Timbalan Presiden benar-benar menyuntik motivasi kepada kami semua untuk terus berusaha demi mencapai visi dan misi persatuan.
Kami juga amat terharu dan berbesar hati atas kesudian YBhg. Datuk dan Dato’ menyempurnakan penyampaian Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa dan AJK Daerah Cawangan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang pelaksanaan Mesyuarat Agung Dwitahunan (MADT) Ke-16 Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia bagi sesi 2024-2026 pada 17-18 Disember 2024 di Hotel Concorde, Bandaraya Shah Alam yang lalu. Sesungguhnya, penghormatan ini menjadi pemangkin semangat kepada kami semua untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.
Kami berharap agar hubungan kerjasama yang sedia terjalin ini terus berkembang, memberikan manfaat kepada seluruh ahli persatuan, dan menyumbang kepada kecemerlangan PPPPPMCNS.
Akhir kata, jutaan terima kasih diucapkan atas segala sokongan dan kerjasama daripada semua pihak.
Sekian, terima kasih. Wassalam.
Yang menjalankan tugas,
Haji Kamaruddin bin Mohd Diah,
Setiausaha
PPPPPMCNS
PPPPPMCNS

No comments:
Post a Comment