Wednesday, September 25, 2024

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa 5PMCNS Bil.1/2024-2026



















Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PPPPPM Cawangan Negeri Selangor Kali Pertama Sesi 2024-2026 telah diadakan pada 24 September 2024 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Seksyen 4, Shah Alam dari jam 9:30 pagi hingga 12:30 tengah hari.

Antara agendanya adalah persediaan menjelang Mesyuarat Agung Dwitahunan Peringkat Kebangsaan Sesi 2024 - 2026 yang akan diadakan di Hotel Concorde, Seksyen 9, Shah Alam pada 17 hingga 19 Disember 2024 (Selasa hingga Khamis) di mana Cawangan Negeri Selangor adalah tuan rumah.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2024/1446H Negeri Selangor

















Pada 21 September 2024 (Sabtu) bermula jam 8:30 pagi hingga 1:00 petang bertempat di Masjid Jamek Pekan Kajang telah diadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul anjuran 5PM Cawangan Negeri Selangor, di mana Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Daerah Cawangan Hulu Langat menjadi tuan, rumah dengan kerjasama Pegawai dan AJK Masjid Jamek Pekan Kajang.

Penceramah Jemputan ialah Al-Fadhil Ustaz Harryanto Rizal Bin Rokman, Pendakwah Bertauliah Negeri Selangor. Tuan Hj. Muhammed Adzhar bin Alias, Yang Dipertua 5PM Cawangan Negeri Selangor telah memberikan ucapan alu-aluan di majlis tersebut. Turut hadir Tn Hj. Ismail bin Musa, Timbalan Yang DiPertua 5PMCNS merangkap Pengerusi 5PM Daerah Cawangan Hulu Langat, serta Pengerusi dan Ahli Jawatankiuasa Daerah-Daerah Cawangan seluruh Negeri Selangor.

Mesyuarat Agung Dwitahunan 5PM Cawangan Negeri Selangor Ke-16 Sesi 2024 - 2026

 
















Pada 8 September 2024 (Ahad) jam 8:00 - 12:00 tengah hari, bertempat di Dewan Rafulin Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa, Bestari Jaya telah diadakan Mesyuarat Agung Dwitahunan Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Negeri Selangor.

Majlis dimulakan dengan taklimat oleh pihak Bank Islam, diikuti ceramah kesihatan warga emas oleh Pn Dr Noor Harzana bt Harrun, dan kemudian diikuti dengan aktiviti senaman untuk semua hadirin.

Majlis telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat iaitu Tuan Haji Mohammad Faisal Bin Ismail, Setiausaha Politik kepada Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad.

Pada hari tersebut juga diadakan pelancaran Buletin Pesara Pendidikan Edisi 1, dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara BeVital, Kementerian Kesihatan Malaysia yang diwakili oleh Dr Noor Harzana binti Harrun, Timbalan Pengarah, Program Penuaan Sihat Porfolio Kesihatan Warga Emas, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dengan Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Negeri Selangor, yang diwakili oleh Yang DiPertuanya, Haji Muhammed Adzhar bin Haji Alias.

Selain dari itu, aktiviti pemeriksaan kesihatan warga emas juga turut diadakan oleh pihak BeVital, Kementerian Kesihatan Malaysia untuk semua hadirin.

Sambutan Maal Hijrah 5PM Selangor

Sambutan Maal Hijrah 5PM Selangor telah diadakan pada 5 Julai 2025 (Sabtu), bertempat di Surau Nadhatul Islamiah, Seksyen 3, Shah Alam mulai...